Jumaat, 23 Mac 2012

nasihat :D


♥ JUMUAH (Friday Prayer) REMINDER ♥

☞ Cut Nails
☞ Have a Ghusal (Mandi Sunat)
☞ Salaatal-Jumu’ah (Friday prayer)
☞ Making a lot of du’aa’. (between the time the Imam sits down until the
time the prayer is over and after `Asr until sunset)
☞ Reading Surat aL- Kahf
☞ Sending a lot of blessings upon the Prophet sallAllahu 'alyhi wasallam.
☞Make Istighfar/Seek forgiveness
☞ Do as many sunnah/good deeds as possible :)

p/s : Have this as a checklist for tomorrow. =D
 ·  · 5 hours ago near Volgograd
    • Syazwan van der Vaart ‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

      1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

      2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

      3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

      4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

      5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

      6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

      7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

      8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

      9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

      10. Orang yang sedang makan sahur.

      11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
      5 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart http://www.islamituindah.my/8-tips-lahirkan-anak-soleh
      www.islamituindah.my
      Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri be...See more
      5 hours ago ·  · 
    • Syazwan van der Vaart Al-Qur’an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :

      1. “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)

      2. “Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Qs. Shaad [38]: 52)

      3. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)

      4. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)

      5. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)

      6. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)

      7. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)

      8. “Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)

      9. “mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)

      10. “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

      Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

      Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

      Rasulullah SAW bersabda,
      “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

      Lagi sabda Rasulullah SAW,
      “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

      Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
      Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
      Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
      Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
      Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

      Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

      Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

      Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
      Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
      Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

      Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

      Si ayah terus menyambung
      “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

      Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

      “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

      “lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

      “ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

      “dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

      Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”

      Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”

      Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

      “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Kita terus menelaah Bidadari Dunia hari ini. Perempuan yang merupakan manusia, tetapi melangkah dengan langkahan bidadari. Mahal. Indah. Tinggi. Mulia.

      Antara ciri-ciri wanita, perempuan yang sedemikian, pada saya, adalah yang menjaga akhlaknya.

      Ya. Akhlak.

      Dikatakan bahawa akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keadaan kita. Buruk akhlak, buruklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kelebihan, seperti cantik, kaya dan sebagainya.

      Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan, seperti miskin, tidak berapa cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya.

      Dan antara yang mendamaikan jiwa manusia, adalah akhlak.

      Sebab itu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari dunia.

      Akhlak, bukan semata berdiri di atas nilai murni.

      Pertamanya, perlu difahami bahawa, akhlak mulia bukanlah semata-mata berdiri di atas nilai murni semata-mata. Apakah maksud saya dengan penyataan ini?

      Yakni, kita tidak memandang bahawa akhlak mulia itu semata-mata berdiri di atas nilai moral. Contohnya, kita tidak berbogel di tengah masyarakat, kerana masyarakat menganggap itu satu perkara yang tidak bermoral. Maka kita berpakaian, kerana pada masyarakat, berpakaian itu bermoral.

      Contoh lain, kita tidak menengking-nengking orang, kerana masyarakat menganggap menengking itu satu perkara yang tidak murni. Begitu juga dengan kita membantu orang, kerana masyarakat menganggap membantu orang lain adalah perkara yang murni.

      Ya. Akhlak bukan berdiri di atas ‘nilai murni’ atau ‘moral’ dengan ukuran masyarakat, ukuran manusia.

      Tetapi konsep berakhlak yang sebenar itu, diukur dengan nilaian yang telah diletakkan oleh Allah SWT.

      Masyarakat mungkin boleh menerima bahawa yang memakai baju kurung, tanpa tudung, itu dikatakan berakhlak, sopan. Tetapi di dalam Islam, itu belum mencapai tahap berakhlak lagi. Kerana jelas, di situ ada ‘keingkaran’ kepada Allah SWT berlaku. Maka bagaimanakah kita boleh mengira keingkaran kepada Allah SWT sebagai ‘berakhlak’?

      Contoh lain dalam isu ini, berpegangan tangan dengan yang bukan mahram. Mungkin pada masyarakat, itu tidak mengapa. Tiada masalah. Bukan peluk pun. Jadi kalau berpegangan tangan, bersentuh bahu studi bersama, maka itu boleh dikira berakhlak lagi. Tetapi tidak di dalam Islam. Itu belum mencapai tahap ‘berakhlak’. Kerana jelas berlaku pengingkaran kepada Allah SWT di situ.

      Jadi, bidadari dunia memahami akhlak mulia itu sedemikian rupa.

      Apakah ‘akhlak mulia’? Itulah dia dengan berakhlak mengikuti akhlak yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

      Maka Mereka Berakhlak dengan akhlak yang diperintahkan.

      Firman Allah SWT:

      “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

      “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” Surah Al-Ahzab ayat 32.

      “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.

      “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971.

      Begitulah Allah SWT memerintahkan. Begitulah Rasulullah SAW menunjukkan.

      Maka Bidadari Dunia itu matanya tidak liar dalam memandang yang tidak sepatutnya. Tidaklah bermaksud tunduk hingga terlanggar tiang dalam perjalanannya. Tetapi bermaksud, tidak terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

      Tiadalah pula mereka ini menunjuk-nunjukkan perhiasan mereka, kecuali pada tempat yang memang tidak terlindung. Tiadalah mereka menayang-nayangkan barang kemas, dan berlebih-lebihan dalam mengenakan hiasan.

      Mereka juga menutup aurat dengan kemas. Tidak semata-mata mengikut fesyen arus itu dan ini. Tetapi memastikan bahawa yang Allah kehendaki itu selesai. Yakni menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah. Juga tidaklah hingga menunjukkan tubuh badan. Pakaian mereka labuh, walau apa pun yang dipakai mereka.

      Mereka juga tidaklah ‘gedik’, mengada-ngada, melembutkan suara pada yang bukan mahram, dan berhubungan bebas dengan mereka. Tidak pula perempuan yang beriman ini, bidadari dunia ini, bila berjalan kedengaran ‘keletak-keletuk’. Mereka berjalan dengan sopan, teratur, dan tidak terlalu menarik perhatian. Terjaga.

      Walaupun ada ayat di atas menyebut ‘isteri-isteri nabi’, tetapi hakikatnya hukum itu jatuh kepada semua perempuan muslimah yang beriman. Hal ini kerana, isteri-isteri nabi adalah ibu kepada perempuan yang beriman. Kerana itu mereka digelar, Ummul Mukminin. Mereka menjadi ikutan kepada perempuan yang inginkan keredhaan Allah SWT.

      Kerana itu. Bidadari Dunia Sangat Indah.

      Kerana memahami akhlak yang sedemikian ini dan melaksanakannya lah, Bidadari Dunia menjadi sangat indah. Cuba perhatikan semula sub topi di atas ini dan kemudian bayangkan. Sederhana bukan?

      Ya. Sederhana. Tidak kelihatan terlalu terkinja-kinja. Kelihatan amat sopan. Amat cantik dalam erti kata cantik yang sebenar. Amat indah.

      Saya tidak mampu menterjemahkan dengan apa-apa perkataan lain selain perkataan Sederhana.

      Tidak terlalu melebih-lebih. Dan tidak pula terlalu kurang. ‘Just nice’ orang putih kata.

      Itu yang membuatkan Bidadari Dunia indah.

      Penutup: Tetapi siapakah yang hendak berakhlak sedemikian rupa?

      Tetapi siapakah daripada kalangan saudari-saudari saya ingin berakhlak sedemikian?

      Berakhlak dengan apa yang Allah SWT mahu. Bukan sekadar apa yang masyarakat mahu.

      Akhlak yang indah. Yang cantik. Yang mulia.

      Ketahuilah bahawa perempuan yang sedemikian, mahal harganya.

      Terjaga. Kemas. Bukan murah yang boleh diambil oleh sesiapa. Suci!

      Bidadari Dunia!

      Siapakah yang mahu menjadi?
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

      “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

      Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

      Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
      Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
      Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
      Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
      Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
      Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
      Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
      Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

      Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

      1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

      2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

      3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

      4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

      5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

      6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

      7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

      8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

      9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

      10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

      11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

      12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

      13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

      14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

      15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

      16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

      17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

      18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

      19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

      20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

      21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

      22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

      23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

      24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

      25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

      26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Firman Allah Ta’ala kepada kita, hamba kepada-Nya:

      Maka sesiapa yang diberikan kitab amalnya di tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): “Ambillah! Bacalah kamu kitab amalku ini. Sesungguhnya aku dahulu yakin, bahawa aku akan menghadapi perhitungan amalku (pada hari yang ditentukan). Maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). (Al-Haqqah: 19-22)

      Ada Apa Dengan Syurga

      Mengapa syurga itu satu destinasi impian? Apa yang ada di syurga sana? Menurut Ibnu Kathir, di dalam syurga yang tinggi itu, tersedia istana mahligai, juga kebahagiaan abadi.

      Bahagia dan gembira, adalah perasaan yang menjadi keinginan dan keperluan setiap manusia. Ada yang mencarinya melalui jalan yang betul dan benar, natijahnya kegembiraan di dunia dan akhirat.

      Namun ada yang mencarinya di jalan yang salah dan menyimpang, natijahnya kebinasaan yang jauh lebih besar berbanding kegembiraan sementara.

      Ketenangan dan kebahagiaan abadi, hanya di Jannatullah.

      Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

      Maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari tersebut, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (pada wajah) dan kegembiraan (pada hati). (Al-Insan: 11)

      Juga firman Allah yang bermaksud:

      Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka). Engkau dapat mengetahui daripada wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. (Al-Mutaffifin: 22-24)

      Cuba kita bayangkan atau kita ingat kembali, segala detik-detik manis, saat-saat gembira dan bahagia, keadaan-keadaan yang memberi ketenangan kepada diri, dan pemandangan alam ciptaan Allah s.w.t. yang serba indah.

      Juga kemewahan harta, yang mana sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

      Semua keindahan dan kemewahan ini, adalah berkali ganda lebih hebat dan lebih baik di syurga kelak, di luar imaginasi dan fikiran kita sebagai hamba.

      Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

      Di dalam syurga itu (ada nikmat-nikmat) yang tidak pernah ada mata yang melihatnya, tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorangpun. (Riwayat Bukhari)

      Dan tahukah kita, syurga itu ada berapa darjat kesemuanya?

      Sabda Rasulullah s.a.w.:

      Sesungguhnya Syurga itu 100 darjat, beza setiap darjat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. (Muttafaqun ‘alaih)

      Syurga darjat paling rendah sudah diluar jangkaan dan imaginasi manusia, bagaimana pula dengan segala kenikmatan di syurga darjat tertinggi? Terlalu nikmat.

      Harga Kebahagiaan

      Setiap sesuatu, ada harganya bukan? Lagi baik sesuatu itu, lagi mahal harganya. Maka, apakah harga kebahagiaan abadi yang kita dambakan itu?

      “Sesungguhnya aku dahulu yakin, bahawa aku akan menemui perhitungan amalku (pada hari yang ditentukan).” (Al-Haqqah: 20)

      Keyakinan. Yakin pada hari perhitungan amal. Yakinkah kita? Apakah pula sifat mereka yang yakin akan pertemuan dengan hisab?

      Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

      Maka barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal kebaikan dan janganlah dia mempersekutukan dalam ibadah kepada Tuhannya dengan sesuatupun. (Al-Kahfi: 110)

      Inilah harga sebuah kebahagiaan abadi. Amal kebaikan, amal soleh.

      Jalan kebaikan itu luas, dengan syarat amal itu niat kerana Allah dan dilaksanakan menepati (tidak bercanggah) dengan syara’. Ibadah khusus, program tarbiyyah, majlis ilmu, majlis zikrullah, usrah, smart circle, muzakarah berkelompok, dakwah ilAllah, akademik, kebajikan, bacaan fikrah Islamiyyah, tadabbur alam dan ibadah umum yang lain. Terlalu banyak untuk disenaraikan.

      Satu muhasabah. Bagaimana dengan amal kita? Banyak yang baik, atau banyak yang buruk? Usah dibuang masa kita yang amat terhad dan bernilai pada jalan selain daripada jalan kebaikan.

      Kita renungkan firman Allah s.w.t.yang bermaksud:

      Dan barangsiapa yang berjuang (berusaha menegakkan nilai Islam dalam diri dan kehidupan) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Al-‘Ankabut: 6)

      Akhir kata…

      Berusahalah, demi kebaikan diri kita, dunia dan akhirat.

      Berusahalah, sesungguhnya rahmah dan redha Ilahi berada di sepanjang jalan mujahadah dan di penghujungya.
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

      “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

      Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:

      Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
      Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
      Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
      Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
      Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
      Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
      Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

      Wallahua’lam.
      Sumber: Buku Malam Pertama Di Syurga – Adil Akhyar, SH, LL.M
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart DO YOU KNOW THE TOP 10 RICHEST PEOPLE ON EARTH?

      10. Mukesh Ambani- Net Worth: $27.0 Billion.
      09. Eike Batista- Net Worth: $30.0 Billion.
      08. Amancio Ortega- Net Worth: $31.0 Billion.
      07. Lakhsmi Mittal- Net Worth: $31.1 Billion.
      06. Lawrence Ellison- Net Worth: $39.5 Billion.
      05. Bernard Arnault- Net Worth: $41.0 Billion.
      04. Warren Buffett- Net Worth: $50.0 Billion.
      03. Bill Gates- Net Worth: $56.0 Billion.
      02. Carlos Slim Helu- Net Worth: $74.0 Billion.

      01. The ONE who prays two Rak'ah, before Fajr:

      The Prophet PBUH said: "The two Rak'ah before the Dawn (Fajr) Prayer are Better than this World and ALL it contains.''
      [Sahih Muslim]
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.

      Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.

      Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

      “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

      “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran

      “Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

      Nabi Muhammad saw bersabda:

      “Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

      Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.

      Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?

      Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.

      Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.

      Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,

      Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.

      Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud:

      “Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” - Hadis riwayat Bukhari
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Niat solat sunat selepas berkahwin ialah:

      “Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala”.

      Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.

      Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.

      Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.

      Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:

      Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:

      “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

      Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata:

      Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata:

      “Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak)

      Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.

      Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.

      Wallahualam.

      - Ustaz Rashidi Haji Wahab
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
      Selalu bangun sebelum subuh
      Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
      Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
      Aktif menjaga kebersihan
      Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
      “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
      Tidak pernah makan berlebihan
      Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
      Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
      Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
      Gemar berjalan kaki
      Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
      Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
      Tidak pemarah
      Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
      Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
      Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
      di hati.
      Optimis dan tidak putus asa
      Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
      Tidak pernah iri hati
      Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
      Pemaaf
      Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
      Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
      Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
      Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
      4 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
      Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
      Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

      Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
      Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
      Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
      Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.
      Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.
      Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
      Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
      Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
      Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
      Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
      “Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
      “Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
      “Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
      Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
      Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
      Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
      Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
      Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
      Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
      Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
      Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
      Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
      Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
      Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
      Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
      Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
      Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
      makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
      Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
      Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
      Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
      Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
      “Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
      Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
      Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
      “Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
      Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
      Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
      “Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Assalamualaikum wbt..

      Wudhu’?? Rasanya ramai antara kita yang memang sudah mahir dan pakar dalam bab ni memandangkan kita memang sudah di ajar dari kecil mengenai perkara ini. Tetapi suka untuk dikongsi bersama sebagai satu peringatan. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita pelajar oversea untuk ke kelas dalam keadaan berwudhu supaya jimat masa dan senang untuk solat terutamanya bila waktu solat sangat singkat. Tidaklah salah untuk mengekalkan wudhu yang masih ada tetapi alangkah elok kalau kita membiasakan diri untuk berwudhu setiap kali hendak solat walaupun belum batal kerana itu adalah yang tebaik. Mungkin ada pengecualian pada tempat-tempat tertentu yang susah untuk berwudhu ataupun sewaktu kita sedang bermusafir. Lagi satu, mungkin juga kita cenderung untuk memelihara wudhu disebabkan keadaan sekarang yang sangat sejuk dan nak sentuh air untuk berwudhu pun macam agak susah. Dan saya teringat kata-kata seorang kawan, dia kata kita sepatutnya bersyukur kerana kita telah diberi kelebihan oleh Allah untuk hidup di bumi Ireland yang sejuk ni. Mungkin dengan usaha kita yang ikhlas untuk berwudhu dan usaha utntuk melawan perasaan malas itu mendapat ganjaran yang besar di sisiNya, insyaAllah.

      Saya pernah dengar bahawa setiap kali kita berwudhu akan gugur dosa-dosa kecil. Jadi, sama-samalah kita fikirkan. Tidakkah kita mahu dosa kita di hapuskan dengan hanya mengambil wudhu yang sempurna. Sesungguhnya wudhu yang sempurna bukan hanya menjamin solat diterima tetapi juga boleh menghapuskan doa-dosa selagi tidak melakukan syirik.

      Rasulullah saw bersabda :

      “Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

      Selain daripada itu, antara fadhilat lain wuduk ialah mengangkat darjat manusia.

      Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

      “Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya).” (Hadis riwayat Muslim)

      Seterusnya, wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.

      “Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu.” (Riwayat Bukhori dan Muslim)

      Pernahkah kita dengar bahawa wudhu dapat membuka ikatan syaitan? Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.

      “Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

      Subhanallah, betapa besar dan istimewanya ganjaran berwudhu. Tak susahkan?? Sesungguhnya islam itu sangat mudah. Jadi, saya ingin menyeru kepada semua dan diri sendiri juga untuk rajin-rajinkalah diri kita untuk berwudhu. Basahkanlah anggota badan kita dengan wudhu. InsyaAllah segala usaha kita untuk berwudhu dan menyucikan diri mendapat ganjaran yg besar daripada Allah.

      Firman Allah:

      “…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang bersih” (Al-baqarah : 222)

      Sekadar ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga kita dapat mengamalkannya.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

      “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

      Khatam Al Qur’an
      Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
      Membuatkan para muslim meredhai kamu
      Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
      Bertanya Aisyah :

      “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

      Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

      “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

      - MAFHUM DARI HADIS
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart A woman's du'a for her future husband ♥ [Share if you love it!]

      O Allah! Please grant me the one
      Who will be the garment for my soul
      Who will satisfy half of my deen
      And in doing so make me whole

      Make him righteous and on your path
      In all he'll do and say
      And sprinkle water on me at Fajr
      Reminding me to pray

      May he earn from halal sources
      And spend within his means
      May he seek Allah's guidance always
      To fulfill all his dreams

      May he always refer to Qur'an
      and the Sunnah as his moral guide
      May he thank and appreciate Allah
      For the woman at his side

      May he be conscious of his anger
      And often fast and pray
      Be charitable and sensitive
      In every possible way

      May he honor and protect me
      And guide me in this life
      And please Allah! Make me worthy
      to be his loving wife

      And finally, O Allah!
      Make him abundant in love and laughter
      In taqwa and sincerity
      In striving for the hereafter!

      May Allah grant all the Muslim sisters with such husbands... Ameen ya rab! :) ♥
      ♥ “Allaah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allaah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.” ♥
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart dur adalah Ibadah
      *
      Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

      Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

      Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
      "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

      Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

      Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

      Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

      Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart HUKUM WANITA HAIDH,JANABAH,NIFAS MEMOTONG KUKU ATAU RAMBUT
      Soalan ini mesti lazim bagi wanita-wanita diluar sana yang masih lagi keliru dengan hukum memotong kuku atau rambut ketika haidh..mesti korang dengar banyak-banyak suara diluar sana mengatakan haram memotong kuku atau rambut ketika haidh begitu juga saya pernah terdengar hal tersebut .Dan ada juga orang mengatakan boleh potong kuku tetapi ketika mandi wajib kena mandikan kuku tersebut.Hukum memotong kuku dan rambut adalah harus bagi wanita tidak perlu mandikan kuku atau rambut tersebut boleh membuangnya seperti biasa atau sunat menanam kuku tersebut.Tiada sebarang nas yang melarang hal tersebut yang ada cuma makhruh bagi orang yang memotong kuku atau rambut bagi orang yang nak berkorban bila mana masuk 1zulhijjah.Ada pendapat ulamak mengatakan haram tetapi pendapat ini tidak kuat .Pendapat yang paling kuat dan jumhur ulamak seperti kata imam nawawi tidak ada larangan bagi wanita haidh memotong kuku atau rambut.jadi anda tidak perlu keliru dan risau untuk memotong rambut atau kuku anda ketika haidh
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”
      Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

      Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”
      Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart ‎1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan ♥ =)
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Terdapat lima kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap bebar-benar beriman kepada Allah Taala iaitu :

      1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati-hati mereka.

      2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah semakin bertambah Iman mereka.

      3) Sentiasa berserah diri kepada Allah Taala pada setiap waktu.

      4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah Taala.

      5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah Taala maka dibelanjakan ke jalan yang diredhai Allah Taala.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart “Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari)

      Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa.

      Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.

      Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?

      Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.

      Dosa. Menggelapkan jiwa.

      Rasulullah SAW bersabda:

      “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

      Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.

      Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:

      “Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

      Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.

      Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.

      Sedangkan hati adalah raja.

      Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:

      “Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)

      Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.

      Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.

      Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.

      Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.

      Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka

      Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.

      Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.

      Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?

      Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.

      Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.

      Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.

      Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.

      Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.

      Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?

      Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Firman Allah SWT: Katakanlah Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Katakanlah: Dia-lah yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan.
      Ibn Kathir berkata: “Allah yang menciptakan kamu daripada tiada kemudian memberi kepada kamu pendengaran, penglihatan, akal dan kemampuan. Sebaliknya sedikit sahaja di kalangan kamu yang bersyukur dan juga menggunakannya segala nikmat kurniaan Allah ini untuk mentaati dan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.”
      Muhammad Quraish Shihab berkata: “Ayat di atas hanya menyebut dua dari lima pancaindera kerana kepentingan yang utama. Ia juga dikira mewakili pancaindera yang lain. Ini sesuai dengan kebiasaan penggunaan bahasa Arab yang menyebut sebahagian tetapi yang memberi maksud kepada keseluruhan.”

      Sebutan al-fu’ad secara khusus merupakan pemikiran manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain di muka bumi ini.
      Firman Allah SWT: Dan mereka berkata: Bilakah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar?
      Sayid Qutub berkata: “Itulah pertanyaan orang yang dilamun keraguan dan itulah juga pertanyaan orang yang degil dan angkuh sedangkan mengetahui masa kiamat tidak menjejaskan apa pun.”
      Bagi mereka sama sahaja sama ada hari kiamat itu berlaku esok atau setelah berjuta tahun tetapi apa yang penting pasti berlakunya kiamat dan seluruh makhluk akan dihimpunkan pada hari tersebut dan segala amalan sewaktu di dunia akan diberi balasan.
      Firman Allah SWT: Katakanlah: Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) Hanya pada sisi Allah. Dan Sesungguhnya Aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan.
      Ibn Kathir berkata: “Tiadalah diketahui waktu berlakunya kiamat kecuali Allah sedangkan Dia perintahku (Nabi SAW) untuk mengkhabarkan kepada kamu bahawa hari kiamat pasti berlaku dan bukan mustahil. Aku hanya penyampai dan pemberi amaran.”
      Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang diutuskan dari sisi Tuhanku bagi memberi penjelasan kepadamu tentang syariat-Nya dan sesuatu yang dihalalkan atau diharamkan-Nya supaya kamu mengetahui setiap urusan kamu. Aku telah menyampaikan kepadamu apa yang sepatutnya aku sampaikan (risalahku).”
      Firman Allah SWT: Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, muka orang-orang kafir itu menjadi muram. dan dikatakan (kepada mereka) inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya.
      Muka pucat
      Sayid Qutub berkata: “Apabila mereka memandang peristiwa kiamat dari dekat dan menghadapinya depan mata mereka secara mendadak tanpa sebarang pendahuluan, maka muka mereka terus muram dan dukacita lalu dikatakan kepada mereka: Inilah hari yang kamu cabar dan minta disegerakan kedatangannya iaitu hari kiamat.”
      Cara menayangkan pemandangan yang berlaku berulang dalam al-Quran apabila ia menghadapi pendustaan dan keraguan. Ia menayangkan pemandangan itu secara tiba-tiba dan berbohong serta orang yang ragu terus berdepan dengan peristiwa yang dibohongi atau diragui mereka.
      Firman Allah SWT: Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika Allah mematikan Aku dan orang-orang yang bersama dengan Aku atau memberi rahmat kepada kami, (maka kami akan masuk syurga), tetapi siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari seksa yang pedih? Katakanlah: Dia-lah Allah yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata.
      Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang mampu menyelamatkan kamu daripada azab Allah SWT kerana kekafiranmu yang menyebabkan kamu layak menerima seksaan ini.”
      Sama sahaja bagimu kiranya kami binasa seperti yang kamu inginkan sehingga kami memperoleh rahmat Allah SWT atau kami menang sehingga dapat menjunjung tinggi Islam seperti yang kami harapkan. Kedua-duanya merupakan kemenangan yang diharapkan dan kejayaan yang kami harapkan. Terdapat dua perkara penting di sini, antaranya:
      Perintah kepada mereka agar mencari jalan keselamatan dengan keimanan yang benar ikhlas kepada Allah SWT dan rasa takut kepada-Nya.
      Sepatutnya mereka sibuk dengan urusan masing-masing dan bukannya bercita-cita Nabi SAW dan orang mukmin mati.
      Jelaslah bagi Kamu akan mengetahui siapa yang sesat di antara kita dan siapa yang mendapat petunjuk serta siapa pula yang menerima kesudahan buruk di dunia dan di akhirat.
      Firman Allah SWT: Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?
      Sayid Qutub berkata: “Andainya mereka masih meragui hari kiamat, sedangkan teraju Kerajaan alam berada di tangan Allah Yang Maha Kuasa di atas segala sesuatu, maka apakah akan terjadi jika iradat Allah menghendaki untuk mengharamkan mereka dari air yang menjadi sumber hidup yang amat dekat itu.”
      Kemudian al-Quran meninggalkan mereka supaya berfikir apakah akan terjadi jika Allah SWT izinkan kejadian kekeringan air itu berlaku?
      Dalam ayat di atas, Allah SWT menuntut mereka agar mengiktiraf cara mengakui nikmat-nikmat-Nya bertujuan memperlihatkan kepada mereka betapa buruk kekafiran mereka itu.
      Allah SWT yang bersifat rahmat dan pemurah-Nya telah mengeluarkan air dan mengalirkannya ke setiap penjuru untuk keperluan manusia.
      Oleh itu sewajarnya bagi umat manusia beriman dengan Allah Tuhan sekalian alam dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart ALANGKAH PELIKNYA KITA.....

      Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar apabila dimasukkan ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil apabila kita bawa ke pasaraya.

      Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi terasa betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.

      Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

      Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga CD berkali-kali.

      Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

      Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid dekat rumah rasa berat kaki pulak.

      Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, betapa mudahnya cari bahan bersembang dgn kawan-kawan.

      Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila Imam solat Terawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

      Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis baca sekelip mata.

      Pelik ya, ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

      Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

      Pelik ya, kita begitu percaya pada yg dikatakan di email layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

      Fikir2 dan renung2kanlah wahai sahabat semua...
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

      Golongan Pertama
      Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

      Golongan Kedua
      Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

      Golongan Ketiga
      Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

      Golongan Keempat
      Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

      Golongan Kelima
      Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

      Golongan Keenam
      Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

      Golongan Ketujuh
      Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

      Golongan Kelapan
      Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

      Golongan Kesembilan
      Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

      Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

      Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.

      Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

      Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

      Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

      Anda mungkin juga meminati:
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart القراءة بلا تفكّر كالأكل بل هضم
      Reading without thinking is like eating without digesting
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart ll Photos
      8P Tip kebahagian rumahtangga

      1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

      2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

      3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

      4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

      5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

      6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

      7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

      8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa suaminya. Malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana.

      Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakti, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati, tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.

      Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di khalayak, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.

      Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat suami itu tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam kehidupan.

      ( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan
      Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.

      Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

      ( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter
      Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.

      Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.

      Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.

      Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.

      ( 3 ) Isteri diktator
      Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.
      Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.

      Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

      ( 4 ) Isteri yang suka campur tangan
      Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.

      ( 5 ) Isteri yang boros
      Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.

      Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.

      Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidak lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.

      ( 6 ) Isteri sosial
      Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.

      Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.
      Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
      Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
      Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”
      Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.
      Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”
      Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart ‎[ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN]

      Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

      Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

      Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

      Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

      Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

      Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

      Gurunya menjawab: Ya, itu lah CINTA..

      Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

      Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

      Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

      Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

      Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..

      Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan..

      Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Wall Photos
      Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
      "Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

      1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
      2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
      3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
      4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
      5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
      6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
      7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
      8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Para Sejarawan dan Ahli Nasab (Ahlus Siyar wal Ansaab) menyepakati bahawa susunan nasab Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam hingga kepada Adnan adalah seperti berikut:

      Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib (Syaibah) bin Hasyim (Amru) bin Abdul Manaf (Mughirah) bin Qushay (Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Gahlib bin Fihr bin Malik bin Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Amir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG?
      DARI KITA BERDIAM KOSONG, NIATLAH DENGAN YANG BAIK BAIK...

      1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

      2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

      3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

      4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

      5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

      6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

      7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
      "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

      8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
      "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

      Focus pelajaran : FEQAH
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Tahukah anda bahawa antara amalan yang menggugurkan dosa ialah bersalaman atau berjabat tangan dengan orang yang anda temui?

      Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Tidak ada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan akan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah."

      (Riwayat Abi Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah)
      3 hours ago · 
    • Syazwan van der Vaart Teka-teki : Berapakah jumlah bilangan sujud dalam seharian?∙

      Adakah anda menghadapi masalah seperti ini : ∙???∙

      1- Masalah sukar tidur.
      2- Kegemukan/Perut buncit
      3- Kesakitan pada apendiks atau limpa
      4- Sakit senggugut ketika haid/Sukar bersalin
      5- Pening kepala dan migrain
      6- Kesukaran untuk bernafas (sesak pernafasan)
      7- Daya ingatan yang lemah/Penumpulan akal fikiran

      Perbanyakkanlah ∙sujud∙ adalah satu cara yang cukup berkesan untuk mengatasinya.

      Dari segi perubatan, kesan ∙sujud yang lama∙ akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,

      menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
      mentaliti seseorang.

      Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
      sempurna.

      Dan hanya ketika sujud sahaja darah akan mengalir di urat saraf tersebut. Beruntunglah orang yang melakukannya (menunaikan solat).

      ∙Kesimpulannya;∙ ·Selepas ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan lagi sujud dengan lama. Ia juga merupakan satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw.·

      Jawapannya : 34 kali sujud sehari

      *solat 4 rakaat = 4×2 = 8 = kita ada 3 kali solat 4 rakaat (Zohor,Asar n Isha’)= 8×3 = 24 kali

      *solat 3 rakaat = 3×2 = 6 = kita ada sekali solat 3 rakaat (Maghrib) = 6 kali

      *solat 2 rakaat = 2×2 = 4 = kita ada sekali solat 2 rakaat (Subuh) = 4 kali

      *jumlah keseluruhan = 24+6+4 = 34 kali sujud sehari
      3 hours ago · 

Tiada ulasan: